Monday, March 16, 2009

"Kebijaksanaan Di Hujung Jari Anda"

Apakah e-Kamus 5.02?

Perisian e-Kamus 5.02 adalah lanjutan daripada teknologi perkamusan yang diinspirasikan daripada e-Kamus Versi 5.01 Edisi Profesional yang telah diterbitkan sehingga Oktober 2005. Bagi memenuhi keperluan pengguna, maka bermula pada tahun 2005 hingga Februari 2006, pihak Alaf Teras telah menaik taraf e-Kamus Versi 5.01 kepada e-Kamus 5.02. Dengan penambahan beberapa fungsi baru yang akan dapat membantu pengguna mencari makna dengan lebih cepat dan tepat, adalah diharapkan e-Kamus 5.02 mampu memberi kelainan kepada pengguna. Kandungan data e-Kamus 5.02 akan sentiasa dikemas kini seperti mana yang dilakukan pada versi sebelumnya. Teknologinya diperbaiki serta dinaik taraf dari masa ke semasa bagi memberi kepuasan kepada pengguna.

Perisian e-Kamus adalah perisian kamus dwibahasa yang ditunjangi oleh Kamus Melayu-Inggeris dan Kamus Inggeris Melayu Alaf Teras. Walau bagaimana pun, ciri terkini dalam e-Kamus 5.02 membolehkan anda menambah jenis kamus mengikut pilihan anda ke dalam sistem enjin e-Kamus. Antara kamus-kamus yang anda boleh tambah ke dalam sistem enjin e-Kamus ialah:

Kandungan e-Kamus 5.02

18 KAMUS DALAM 1 :

  1. KAMUS INGGERIS-MELAYU(DBP)
  2. MELAYU-ENGLISH(KM)
  3. ENGLISH-MALAY(AT)
  4. MELAYU-ARAB
  5. KAMUS DEWAN
  6. ENGLISH (OXFORD)
  7. ENGLISH (PETER COLLIN)
  8. KAMUS ISTILAH SAINS(DBP)
  9. KAMUS ISTILAH MATEMATIK
  10. KAMUS ISTILAH KEJURUTERAAN
  11. KAMUS ISTILAH KOMPUTER
  12. DICTIONARY OF MEDICINE
  13. DICTIONARY OF COMPUTER
  14. MALAY-ENGLISH(AT)
  15. ENGLISH-MALAY(TIMES)
  16. ENGLISH-INDONESIA
  17. INDONESIA-ENGLISH
  18. MELAYU-CINA

Mencari Makna Hanya Sesaat Dengan e-Kamus

Kini terdapat cara lebih mudah dan pantas untuk mencari makna perkataan. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang perkamusan telah membantu ramai orang. Menggunakan e-Kamus akan membolehkan anda mendapatkan makna perkataan yang dicari dalam sekelip mata, lebih pantas dari keupayaan anda menaip satu perkataan. Fungsi "double click" dalam e-Kamus membolehkan anda mendapat makna perkataan hanya dalam sesaat dan fungsi "mouse move" membolehkan anda mendapatkan makna dalam dua saat sahaja seiring dengan perkataan yang anda baca.

Image Hosted by UploadHouse.com
Image Hosted by UploadHouse.com


Individu RM 85 (1 lesen)
Family RM 185 (3 lesen)


Pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
Riez: 013-7552933 / 012-9841957 / 098685001
Email : rilkmn@yahoo.com / rilkmn@gmail.com
Lokasi: Kemaman. Terengganu.

Fungsi Tambahan

Kamus Bahasa Arab

Pada masa sekarang pihak penerbit e-Kamus sedang berusaha untuk menerbitkan perisian kamus Bahasa Arab untuk kemudahan anda. Buat masa ini usaha ini telah menampakkan hasil dengan terbitnya Kamus Asas Melayu-Arab . Pengguna e-Kamus 5.02 boleh memuat turun fail Kamus Asas Melayu-Arab yang diberikan secara PERCUMA untuk dimasukkan ke dalam program e-Kamus 5.02 anda. Kepada anda yang masih belum mendapatkan e-Kamus 5.02 dan masih lagi berkira-kira, sila dapatkannya dengan segera. Anda tidak rugi kerana sebenarnya banyak kemudahan disediakan untuk anda.

Kamus Istilah
Buat masa ini beberapa kamus istilah (terminologi) telahpun dimasukkan ke dalam program e-Kamus 5.02. Kamus istilah yang sudah dimasukkan ialah Kamus Istilah Sains, Kamus Istilah Matematik, Kamus Istilah Komputer, Kamus Istilah Kejuruteraan, Dictionary of Medicine (B. Inggeris) dan Dictionary of Computer (B. Inggeris). Pada masa hadapan banyak lagi terminologi yang akan dimasukkan meliputi pelbagai bidang termasuk undang-undang, kewangan dan sebagainya. Kenapa tidak pesan e-Kamus 5.02 anda sekarang? Jangan tunggu sampai penerbit menaikkan harga kerana pada masa itu saya tidak akan dapat membantu anda untuk mendapatkan e-Kamus pada harga sekarang!

Fungsi Sebutan Suara
Hari yang dinantikan oleh penyokong setia e-Kamus telahpun tiba. Sekarang e-Kamus 5.02 telah diperlengkapkan dengan fungsi sebutan suara (Bahasa Inggeris). Kepada pengguna e-Kamus 5.02 yang masih belum mempunyai fungsi sebutan suara sila muat turun fail ini di ruangan muat turun. "Merlin" akan membantu anda menyebut perkataan Inggeris dengan hanya satu klik. Kepada yang masih belum ada e-Kamus 5.02 sila dapatkannya segera kerana ini adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian.

RM90.00 untuk 15 kamus termasuk Kamus Bahasa Arab, sistem carian yang canggih dan lancar serta program editor untuk menambahkan kandungan kamus anda tidak boleh dapat di mana-mana kecuali dengan e-Kamus 5.02

Testimoni
En. Yusri, memang betullah perisian ini memang berkualiti. Ia patut dijual dengan harga RM100 ke atas, tetapi kita semua memang bertuah kerana boleh mendapatkan e- Kamus dengan harga yang agak murah. E-Kamus memang sesuai untuk semua dan patut dipromosi dengan lebih meluas supaya semua pengguna komputer di Malaysia berpeluang memperolehi kemudahan yang terdapat di dalam perisian e-Kamus ini.
Syafie - Kuala Lumpur.

En. Yusri, saya telah membeli e-Kamus untuk kegunaan anak saya. Sejak dia mendapat e-Kamus, dia tidak lagi menanyakan perkataan yang dia tidak faham kepada saya kerana fungsi "double click" yang terdapat di dalam e-Kamus membolehkannya mencari makna perkataan dengan cepat dan mudah. Saya pun tidak perlu lagi pening kepala untuk memikirkan makna perkataan yang kadangkala saya sendiripun tidak tahu untuk memberikan jawapan kepada anak saya.
Eiza Erna - Ipoh.

En. Yusri, terima kasih kerana memperkenalkan e-Kamus kepada saya. Harga yang saya bayar untuk e-Kamus memang berbaloi. Saya pernah beli kamus elektronik jenis lain yang berharga RM49.00 dan perlu menaip untuk dapat makna perkataan. Jumlah perkataan pun tidaklah sebanyak e-Kamus ini. Dengan kuasa pencarian 7 kamus dalam 1, e-Kamus ini memang "power".
Azlan - Melaka

En. Yusri, e-Kamus adalah perisian kamus yang paling mudah digunakan yang pernah saya jumpa. Patutlah ramai rakan yang saya adukan mengenai masalah penguasaan Bahasa Inggeris saya mencadangkan supaya saya menggunakan e-Kamus. Fungsi "double click" dalam e-Kamus memang berkesan. Saya sekarang sudah mula membaca akhbar online Bahasa Inggeris dalam internet dengan bantuan e-Kamus. Sungguh mudah - "double click" sana, "double click" sini - macam tu aje kalau tak faham perkataan. Kalau saya terus amalkan macam ni, Insya-Allah saya akan dapat menguasai Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat. Anak saya yang umur 6 tahun tu pun dah pandai guna e-Kamus. Maklumlah "double click" jer...
Azman - Johor Baharu